Thursday, December 29, 2011

Goodbye twentyeleven

Sedikit update, 2012 bakal menjelma. Azam? ahhh. niat saja. InsyAllah, usaha je.
So, ni design flyer untuk District Shop & Gallery. Majlis makan dan sesi beramah mesra.
Mari la datang. Oh, typo "HellYeah" tu bukan aku buat, Bee (phobiaklik) owner District yang buat. Ngam.



Andai dijadikan tiset (lidah jawa) 


Job? Contact la saya. Makasehh.

.





Saturday, December 24, 2011

Sooner Or Later



sounds like Chris martin kan? nice songs btw. =)

Saturday, December 17, 2011

Parit Jawa OST



da tengok parit jawa? best? tak best? masing2 ade taste. ikut taste la.
aku? ade touching skit. 
.

Monday, November 28, 2011

Web Banner

Kerja kecil freelance. masih menunggu payment.
ArtDirection dari client. Aku visualkan je layankan je.
*aku nak job job job lagi



Sunday, November 27, 2011

SLYG Force

Suka suka saje. dedicated to my hometown. Kg.Selayang baru.




























Workspace itu penting


teringin nak workspace macam ni. haih.
berangan berangan berangan.


*oh ye, aku dah official benti keje, nak rehat jap, freelance je buat mase ni,. kalo ade job moh le roger
.

Tuesday, November 1, 2011

Johnny McBrainz

Banyak sangat bende kene buat.. keje pun bersepah.. gaji pun takde.. DUGAAN~
so, time untuk update artwork,. lame sangat tangguh, finally siap jugak..
ni illustration untuk Johnny McGeorge, bole la tengok compilation artwork die kat SINI

visual lebih lanjut di SINI ye..


*oh ye, saya tengah mencari kerja, kerja, freelance, mencari rezeki.. kalau ade yang dapat membantu,
 roger la saya. terima kasih.

.

Thursday, October 13, 2011

TAKZIAH.


Ayah salmi selamat dikebumikan di perkuburan melayu Kluang, Johor 12/10/2011
doa bersama untuk kedua2 arwah. al-fatihah.



Sunday, October 9, 2011

Mr.Prime in Particle System

Yes, aku da makin malas.. lame sangat aku simpan, takde idea nak continue.. sampai sini je, DONE. 
ni kononnye PRIME, aku inspired lepas tengok poster Transformer 2.. layan sudah, nk lepaskan gian design ni, hik hik =D



*nak job nak job freelance, freelance.. nak keje sendiri, keje sendiri, okthxbye.
.

Monday, October 3, 2011

Wednesday, September 28, 2011

Poster Making


Poster Process - The Black Keys from DKNG Studios on Vimeo.

Teringin nak ade studio sendiri. cari job sendiri. jadi bos sendiri.
buat keje pasang lagu iron maiden kuat2.buat keje sambil telanjang. amboiii.,
modal dengan risk tu tak berani lagi.. haihhh


.

Tuesday, September 27, 2011

Mood



Currently listening to..







.

Saturday, September 24, 2011

Spotted



Just a small review bout me.. Check it out Here.
thanks =) 




.


Thursday, September 22, 2011

Need VOTE, HELPPPPP! lagi..

Aku da lame tak view behance aku.. baru2 ni aku bukak tau2 design WeLoveColors tu da 100++ like.
wow.. pencapaian peribadi yang membuatkan aku senyum sorang2 depan pc. yeehaa..Lagi sekali.. aku try submit design kat DBH and.. approved, oyeah..
belum setel lagi.. aku memerlukan vote. so KAWAN2 yang dikasihi...
marilah tolong aku... hehe =)






Vote disini ya.. click saja disini.
terima kasih.. harap jasa baik korang akan dibalas.. AMIN.


*macam biase, kene sign up/ log in.. tapi tak lame pon.. tak banyak die tanye.. tak sampai seminit pun.. 




.


Tuesday, September 20, 2011

Spotted


















Spotted! Here!


*highest like ever i ever ever get. Alhamdullillah. =)
syok sendiri.. yeeehaaa

Friday, September 16, 2011

Happy September

Rezeki bulan September.


Happy Birthday to me. 
aku memang jenis tak sambut birthday.tapi aku nak makan.. makan.. makan.. ;p
Syukur Alhamdullilah. semoga Allah panjangkan umur dan murah rezeki.




ni keputusan WE LOVE COLORS contest. dapat 3rd prize. yayy.. dapat jugak something. =D




atas ni hadiahnye.. helvetica moleskin..

Terima kasih kepada semua.. terima kasih.. terima kasih sebab vote.. terima kasih promote dekat kawan2..




.

Tuesday, September 13, 2011

Test Shred 01

Baru merangkak..percubaan di ofis.. cam haremmmm..
Trivium - like light to the flies







praktis lagi!!!




.

Monday, September 12, 2011

Motivate Beat untuk bekerja

this sound much better. =D



pastu.. ni makan die.. 



.

Friday, September 9, 2011

Elenowen

Saw them in THE VOICE, axn channel.. 
They're just sweet. =D


Sunday, September 4, 2011

Need VOTE, HELPPPPP!





Dear my fellow beloved friends, i do need your help to vote my design.
This is my submission for designbyhuman shirt contest.



I think you have to register to vote but please do as it only takes a minute..
Will appreciate much if you guys can take a lil time.



if im win, they will print out the design on shirt. yeahhh! 
hopefully~




thank you FRIENDS!! =D






Motivate






Mengeluh, Mengeluh dan Mengeluh..
Kenapa Mengeluh, tak elok kan.. 
Sabar kan lebih baik =)


Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.





*aku pun copy paste je, untuk renungan bersama.

Saturday, September 3, 2011

Test 0.1 - Particle Formation

Playing around with photoshop. 

bye

*lame tak main manipulation, rase takde touch da.. haihh..




Sunday, August 28, 2011

SELAMAT BERAYA



Di sempena Bulan syawal yang bakal menjelma ni..
Aku nak ambil kesempatan, untuk memohon maaf zahir dan batin. 
Maafkan aku ye kawan. Maaf.. Maaf. Maaaaaffffff...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. =D


























.






Thursday, August 25, 2011

Motivate





" Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik, 
tanpa perlu mempedulikan kata orang lain "

" Lelaki yang tidak patuh pada perintah agama,
tidak perlu dikahwini "


*mengharap tidak terlalu leka dengan dunia, akan ada orang yang selalu mengingatkan aku. mudah-mudahan.


Wednesday, August 24, 2011

I NEED VOTE

A submision to WE LOVE COLORS contest.
Can you guys help me by voting my design. please.. im begging you. 
and million thanks to those who voted my design.
=)


Vote! Vote! Vote!



Facebook : Vote here



Facebook : Vote Here too!




Facebook : Vote this one also guys. Here



thanks!!






Monday, August 15, 2011

HELP! HELP! HELP!

Hello guys. could you help me by voting my design here.
just click on the LIKE button.


Here's the link - We Love Color's















Friday, August 12, 2011

Motivated



Nota untuk aku dan umat islam yang lain.. aku pun copy paste je ni.
aku sayang orang2 sekeliling aku.. tak salah kan saling ingat mengingatkan? =)





Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


*Lately ni aku kadang2 terbayang, termenung, lagi2 time driving sorang, macam ade petunjuk, 
 tapi masih samar2.. 
 SubhanAllah, Astaghfirullahalazim.

Baju Raya












hehehehehehehehe =)









Saturday, July 30, 2011

August Burns Red - Internal Cannon






Single baru lagi.. Makin sedap riff dorang. 
illustration untuk album pun cantik. =D


.

Imam Muda



Metal2 gak.. nasyid tak dilupakan.. =D
symphony orchestra lagu ni attract aku.. nice encik komposer


.

Thursday, July 28, 2011

Pearl Jam 20


Pearl Jam "Twenty" from Lightpress on Vimeo.



EDDIE VEDDER!!!!! =D

In celebration of their 20th Anniversary, Pearl Jam will debut Pearl Jam Twenty, a definitive portrait of the band as told by filmmaker and music journalist, Cameron Crowe, at the 2011 Toronto International Film Festival on Saturday September 10, 2011. Pearl Jam Twenty will then have it's U.S. television premiere Friday, October 21st at 9 p.m. (ET/PT), as part of the PBS “American Masters” series.
The final conform and colorgrade where done at Lightpress on our Quantel iQ.


*cant wait!
.

Wednesday, July 27, 2011

The System


      " Aku memang teringin nak ada rumah cantik, besar, selesa, biasa la berangan kan, skali tengok price die..haihhh, bile la harga rumah nak turun. "




-suara rakyat-


.

Sunday, July 24, 2011

Chong Cheng Dung Dung Chey



grohhllllllll jejejed jejeded truttututu tututututt tutttututtt 
okeh, scream palm mute appregios.. haha..
layan.. \m/

*aku rase, banyak aku post bende merepek kat blog aku, sorry followers ;p

Wednesday, July 20, 2011

Collab

Mightyboo x Katun


















ekcelli malas nak color.. ;p


.



Monday, July 18, 2011

Eddie's back!

kene rasuk ni..
the final frontier 2010 tour and brazillian tour 2011


=D





Sunday, July 17, 2011

Retreat

a collaboration with johnny mcgeorge.. 
nice shirt nice mag..




hey.. my work laa.. =D